Teknik Menabung yang Bersistematik

Saya baru tahu ada ‘JARS System’ sebagai Money Management Method yg diasaskan oleh T Harv Eker ??

Selama ni saya guna je bekas2 ESP shaklee dekat rumah jadikan tabung belanja harian dan tabung perjalanan (minyak dan tol). Lepas ni mungkin boleh cuba Jars System ni pula, nampak lebih bersistematik.

Menabung Guna Bekas Esp
Tabung-tabung saya daripada canister ESP
Ajar Anak Menabung
Anak saya suka menabung duit syiling ?

Saya share sikit dapatan apa yg saya dah baca. Setiap jars ni ada peruntukan % tersendiri daripada punca pendapatan kita, kita boleh ubah ikut kesesuaian.

Menabung
6 Jars System by T Harv Eker

Kita boleh modified sikit ikut keperluan dan kesesuaian kita, jadi kita buat jadi 7 JARS:

#1 NEC (Necessities): 50%
Ini utk keperluan sewa rumah, belanja barang dapur, bil air elektrik dll dalam sebulan.

Belanja bulanan

belanja-bulanan-

#2 LTTS (Long Term Saving for Spending) : 10%

Utk benda besar yang kita target nak beli macam rumah atau kereta idaman.

Rumah-Idaman-

Mpv idaman

#3 PLAY (leisure): 10%
Utk travel, holiday bersama keluarga, belanja makan, beli hadiah utk family.

Family holidays

#4 EDU (education) : 5%

Utk kelas tambah ilmu, bajet persekolah anak2.

Pendidikan-Anak

#5 FFA (Financial Freedom) : 5%

Utk hari tua, dimana kita dah tak mampu nak bekerja ?

old-woman-1886863_960_720

#6 GIVE (charity) : 10%
Utk kebajikan, derma kepada yg memerlukan.

Amalan bersedekah

#7 PARENTS (mak ayah): 10%
Utk duit bulanan mak ayah kita.

Kesayangan saya

Rasanya tahun ni kita kena mula berubah, berbelanja dengan berhemah dan bersistematik. Kalau rasa setiap kali dapat gaji, lepastu tiba-tiba duit susut tanpa kita sedar, itu tanda kita kena tukar cara pengurusan kewangan ?

#tipsnisaramli
#tipskewangan
#tsunamishaklee
#ninjas15
#ibuanaksihatdotcom
#liveamazing

5 Tips Urus Kewangan Bagi Yang Bergaji Rendah

Tahun ni masuk tahun ke-3 usia perkahwinan kami, tahun ni jugalah kami baru dpt 1 model Tips Pengurusan Kewangan yg sesuai utk keluarga kami aplikasikan.

Tips ini disediakan oleh Pengurus Kewangan keluarga kami, Encik Muhammad Mabrur bin Ahmad ?

[TIPS PENGURUSAN KEWANGAN]

tips-pengurusan-kewangan-bagi-yang-bergaji-rendah

1) Bahagikan Gaji (Pendapatan) kepada 2- untuk simpanan dan perbelanjaan

2) Kenalpasti Perbelanjaan Tetap dan Perbelanjaan yang Berubah supaya boleh berlaku “adjustment” dalam berbelanja secara berhemah

3) Duit simpanan perlu diasingkan ke akaun yang kurang aktif supaya kita x terlalu aktif memikirkan nak menjenguknya di saat nak berbelanja ?

4) Wujudkan “semula” sistem Duit Belanja Harian Bekerja dengan amaun yang sesuai dengan bajet perbelanjaan kita macam zaman kita kecik2 dulu bila ayah bagi duit belanja sekolah (dari sinilah kita belajar menyimpan duit kan?) dan begitu juga utk belanja harian bekerja ni, kita juga akan mampu utk menambah duit simpanan drpd baki belanja harian bekerja.

5) Wujudkan beberapa tabung di rumah seperti Tabung Belanja Harian dan Tabung Belanja Kenderaan sebab setiap kali kita berbelanja, pasti akan ada duit baki dan kita boleh simpan dan “guna semula” duit baki ni dalam keadaan terdesak. Ini dapat membantu mengelakkan kita daripada “mengorek” wang daripada akaun simpanan terlebih dahulu sebaliknya kita masih punyai masa dan ruang utk “guna semula” wang daripada baki perbelanjaan tadi.

Banyak impian kewangan yang kita boleh capai hanya dengan menabung daripada baki wang belanja harian kita bekerja ?

Contoh: Kita nak belanja kawan makan pada hari jumaat malam minggu dengan anggaran belanja sebanyak RM 25.

Kita dah allocate awal2, belanja harian bekerja kita RM10 setiap hari.

Jadi, utk minggu itu kita dah boleh plan utk belanja harian bekerja hanya RM 5 shj, supaya bakinya RM5 lagi dapat dimasukkan ke tabung. Dapat jimat lagi kalau puasa sunat isnin dan khamis ?

Isnin- dapat simpan RM5
Selasa – dapat simpan RM5
Rabu – dapat simpan RM5
Khamis – dapat simpan RM5
Jumaat – dapat simpan RM5

Jumlah dpt simpan= RM 25 cukup utk belanja kwn makan pada jumaat malam di hujung hari bekerja pada minggu berkenaan.

Nasihat kami, atau amaran keras drpd kami hihi ?

Kawal nafsu dan berdisiplin dalam kewangan adalah kunci utama kejayaan pengurusan kewangan kita.

Sekian, boleh share sekiranya ini bermanfaat utk rakan2 yg lain..

Dan sharekan juga kalau kwn2 ada tips tambahan utk kami cuba, tkasih ?

hubungi_pengedar_shaklee