Pengalaman Bercinta dengan Encik ESP

Harini saya nak share tentang kisah percintaan dengan Encik ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) yang banyak membantu kehidupan saya sekarang.

MASA PREGNANT

Saya mula ambil ESP masa mula2 pregnant dulu lepas dengar saranan dan nasihat seorang kawan *tapi tu pun liat jugak lah nak ambil masa tu, tak tau sangat pun apa fungsi nya, yg pasti ambil esp masa tu utk baby dlm perut* ? hihi.. Saya ambil set mengandung shaklee.

Masa mula2 ambil tu bancuh esp dengan air vico sedap sungguh rasa, nyum2 ? lepastu try macam2 lagi resepi esp, bancuh dengan yogurt, bancuh dengan air susu strawbery, dengan jus buah-buahan pun boleh. Selalu ambil pagi2 sebelum pergi kerja, lama2 saya perasan, kadang-kadang kerja banyak di pejabat dan saya tak sempat nak breakfast atau makan tengah hari tapi langsung x rasa lapar. Rupanya sebab esp ni mempunyai glisemik indeks yang rendah  (low glisemic index). Makanan yang mempunyai glisemik yang rendah akan melambatkan  rasa lapar.

Best kalau kita x rasa lapar sangat huhu, boleh bantu untuk kawal berat badan ?

Betul, esp bantu ibu mengandung untuk sentiasa rasa bertenaga kerana esp membekalkan tenaga yang segera..

Memang best ambil esp semasa pregnant ☺?

MASA BERPANTANG

Dengan esp ni rupanya banyak manfaat yang saya dapat. Masa berpantang saya menyusukan baby sepenuhnya jadi saya memilih untuk ambil esp sebagai set penyusuan shaklee, bila ambil esp waktu ni badan tak cepat lesu dan penat, sentiasa rasa bertenaga, boleh menyusukan baby dengan gembira. Ada yang lagi best, susu badan pun makin pekat dan bertambah, boleh nampak perbezaannya semasa saya pam susu untuk baby.

BM ESP VS WITHOUT ESP

Biasa kalau berpantang ni ada makanan2 yang kita x boleh makan kan? jadi dengan esp ni saya dapat protein yang cukup untuk pembentukan sel2 yang baru dalam badan.

HINGGA KINI DAN SELAMANYA

Baby saya bersama ESP favourite
Baby saya bersama ESP favourite

Kini baby saya dah setahun, saya masih memberikan susu ibu pada baby saya. Saya masih mengambil esp walaupun tidak pregnant, tidak berpantang.. kenapa masih ambil esp?
Sebab saya dah rasa perubahan yang posiif dan lebih sihat dari sebelum ini. Satu lagi bonus yang saya dapat adalah terasa kulit lebih best dari sebelumnya, rasa segar dan anjal, tak kusam ..
Rupanya protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan. Setiap sel-sel dan organ kita perlukan protein, apabila badan mendapat protein yang mencukupi, kita akan terhindar dari pelbagai masalah kesihatan.

dan sehingga kini, inilah pilihan saya..

untuk saya, baby dan keluarga.. 

Salam sayang, dari saya..
Nisa

Panduan Penyusuan Susu Ibu untuk Bayi

Sebagai ibu yang pertama kali menimang cahaya mata, pasti pelbagai persoalan berlegar2 di kepala kita. Pengalaman pertama lah katakan 

Jadi di sini, saya kongsikan satu infografik yang sangat menarik untuk panduan ibu2 semua..

Sesuai juga untuk ibu2 lain walaupun untuk baby kedua ataupun yang seterusnya, kerana mungkin ada skill2 yang dah dilupakan

breastfeed -set menyusu

Sedikit pesanan ikhlas buat ibu2 yang hebat semua:

  • Berusaha untuk berikan baby anda susu ibu ekslusif selama 6 bulan
  • Dapatkan konsultasi daripada pakar untuk teknik penyusuan yang terbaik.
  • Menambah ilmu mengenai penyusuan ibu.
  • Dapatkan kumpulan sokongan untuk memberi motivasi kepada anda.

Salam sayang dari saya,

Nisa Ramli