Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

PENGEMBARAAN BERMULA..

Alhamdulillah, tahniah buat bakal-bakal ibu yang sedang mengandung Bersyukur, Alhamdulillah kepada Allah atas rezeki yang diberikan. Pasti perasaan ibu-ibu ada yang bercampur baur saat ini, ada yang rasa gembira, terkejut, takut, sedih dan mungkin juga ada yang rasa kurang bersedia untuk mengandung.

InsyaAllah, apa2 pun kita kena berbalik kepada Allah, positifkan diri bahawa setiap perkara yang Allah beri ada hikmahnya. Sesungguhnya keindahan penciptaan manusia adalah bukti kebesaran Allah S.W.T termasuklah bayi di dalam kandungan ibu sekarang.

Jom kita lihat perkembangan bayi dalam kandungan sepanjang 9 bulan bersama ibu.

pregnant

Subhanallah, sangat teliti penciptaan Allah

Trimester pertama sangat penting kerana gumpalan sel yang dinamakan embrio kini sedang membesar dan berkembang dalam uterus ibu. Tiub saraf, otak, tulang belakang dan saraf tunjang akan terbentuk diikuti dengan jantung dan sistem peredaran, paru-paru, usus dan permulaan sistem urinari.

Oleh itu sangat penting bagi ibu-ibu untuk mendapatkan sumber nutrisi yang lengkap dan asid folik bagi mengelakkan kecacatan kepada bayi.

PEMAKANAN IBU MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAYI

Jika ibu sedar bahawa cara pemakanan yang diamalkan sebelum ini tidak begitu baik, inilah masanya untuk ibu mula mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. Hidangan harian ibu perlu mengandungi:

  • Buah-buahan dan sayuran
  • Makanan berkanji seperti nasi dan roti,
  • Makanan yang kaya dengan protein termasuk daging, ayam dan ikan.
  • Produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt yang kaya dengan kalsium.

Secara amnya, ibu mengandung tidak perlu kalori tambahan pada 6 bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari diperlukan untuk 3 bulan terakhir.
Sumber: http://www.babycenter.com.my/a1029322/diet-untuk-kehamilan-yang-sihat

Moga ibu seronok dengan pengembaraan selama 9 bulan bersama bayi..!!

Positif selalu..!!

Salam sayang, dari saya..

Nisa Ramli