5 Cara Mudah untuk Menyokong Sistem Imuniti Badan

Memandangkan cuaca sekarang yang kurang baik, baru lepas jerebu..

Jadi, kali ini saya nak berkongsi 5 cara mudah untuk menyokong sistem imuniti badan kita. Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh dilakukan:

                      5 cara mudah tingkatkan sistem imuniti badan

Hentikan menyentuh muka

Nampak macam kelakar kan, apa kaitan sentuh muka dengan antibodi badan? ? Ada kajian telah menunjukkan bahawa orang akan menyentuh muka mereka di sekitar 3-4 kali setiap jam. Kadar menyentuh muka adalah lebih banyak berbanding kita mencuci tangan ? Kunci di sini adalah bahawa setiap kali menyentuh mulut dan hidung atau bahagian muka, itu telah membuka ruang dan risiko untuk pemindahan bakteria dan virus daripada permukaan tercemar kepada badan anda, ini dinamakan “inokulasi diri” yang merupakan punca pertama selsema merebak. Kita juga boleh mendapat selesema apabila seseorang batuk atau bersin ke arah kita. Para saintis yang mengkaji tentang penyebaran penyakit telah mencadangkan supaya kita elakkan menyentuh muka dengan kerap kerana ini adalah perkara yang paling penting yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko mendapat selsema.

Basuh tangan dengan kerap

Walaupun kita telah melatih diri untuk mengelakkan menyentuh muka, kita masih perlu mencuci tangan dengan kerap. Setiap permukaan tangan kita mempunyai potensi untuk dicemari dengan bakteria dan virus. Mencuci tangan dengan air suam atau air sabun, menyental tangan sekurang-kurangnya satu minit adalah satu tabiat yang baik untuk diamalkan dan bukan hanya semasa selesema sahaja.

Senaman

Ketahanan sistem imuniti badan kita sedikit sebanyak bergantung pada kekerapan kita bersenam. Bagi sesiapa yang telah biasa bersenam, boleh meneruskan aktiviti senaman tersebut. Tetapi bagi yang belum biasa bersenam, saya mencadangkan anda supaya mula bersenam secara perlahan hingga menjadi rutin kerana orang yang aktif bersenam biasanya kurang mendapat selsema atau sakit.

Tidur

Mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti juga penting untuk kesihatan yang baik. Kita  tidak boleh pandang ringan kepada tidur kita. Walaupun tidak banyak kajian yang menghubungkan kualiti tidur dan sistem imuniti badan, tetapi ada satu kajian kecil yang telah melaporkan tidur dapat mempengaruhi kadar kualiti sistem imuniti badan kita. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Diet

Sistem imuniti anda juga bergantung kepada bagaimana anda menjaga badan anda untuk mendapatkan blok binaan asas sel-sel, tisu, organ dan sistem badan untuk berfungsi dengan baik. Cadangan umum untuk sistem imuniti yang sihat adalah memastikan anda mendapatkan diet yang seimbang- makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, mengelakkan pengambilan alkohol yang berlebihan, dan makan rendah lemak dan rendah gula.

Dan saya ada…

1 tambahan cara yg EXTRA untuk menyokong sistem imuniti badan saya dan ahli keluarga, iaitu dengan pengambilan supplement shaklee nutriferon dan sustained released vitamin c plus ??

Membantu menguatkan antibodi kami sekeluarga..

Nutriferon shaklee

Apakah cara terbaik anda untuk menyokong sistem imuniti badan anda? Boleh gunakan ruangan komen di bawah untuk berkongsi dengan kami ?

Hidup sihat bersama keluarga tersayang

Nisa Ramli

Panduan Penyusuan Susu Ibu untuk Bayi

Sebagai ibu yang pertama kali menimang cahaya mata, pasti pelbagai persoalan berlegar2 di kepala kita. Pengalaman pertama lah katakan 

Jadi di sini, saya kongsikan satu infografik yang sangat menarik untuk panduan ibu2 semua..

Sesuai juga untuk ibu2 lain walaupun untuk baby kedua ataupun yang seterusnya, kerana mungkin ada skill2 yang dah dilupakan

breastfeed -set menyusu

Sedikit pesanan ikhlas buat ibu2 yang hebat semua:

  • Berusaha untuk berikan baby anda susu ibu ekslusif selama 6 bulan
  • Dapatkan konsultasi daripada pakar untuk teknik penyusuan yang terbaik.
  • Menambah ilmu mengenai penyusuan ibu.
  • Dapatkan kumpulan sokongan untuk memberi motivasi kepada anda.

Salam sayang dari saya,

Nisa Ramli