Set Menyusu Shaklee 2018 yang Berkesan untuk Banyakkan Susu Badan

Dah lama saya nak sangat berkongsi tentang penyusuan susu ibu ni. Alhamdulillah kali ni dah diberi kesempatan untuk berkongsi di dalam blog.

Matlamat saya nak menyusukan anak-anak dengan susu ibu tercapai dengan bantuan Set Menyusu Shaklee ni, alhamdulillah 😊

Set Menyusu Shaklee Berkesan ke?

Ramai ibu-ibu yang sedang berpantang dah mula risau nak buat stok susu untuk anak. Ada yang rasa macam tak mampu je sebab susu pun macam kais pagi makan pagi kais petang makan petang 😂

Itulah keadaan saya masa menyusukan anak sulung pada Ogos 2014 yang lalu..

Sangat struggle nak buat stok susu anak, kadang-kadang masa pam susu tu sedih sangat sebab hasilnya seciput aje..

Tapi Alhamdulillah dengan bantuan set Menyusu Shaklee dan cara amalan yang betul saya dapat susukan anak secara ekslusif selama 6 bulan dan hinggalah umurnya 2 tahun. Perasaan bahagia yang teramat sangat bila kita sebagai ibu dapat susukan anak kita sendiri tanpa perlu top up dengan susu lembu atau susu kambing masa tempoh eksklusif 6 bulan awal tu.

Jadi kalau ditanya, Set Menyusu Shaklee ni berkesan ke?

Bagi saya sangat berkesan sebab saya dah alami kesan yang positif dan masih meneruskan set ni untuk anak yang kedua, sekarang umurnya dah 5 bulan dan masih menyusu badan.

Cara Makan Set Menyusu Shaklee

Nak tahu keberkesanan set ni, sebenarnya ia bergantung dengan bagaimana cara kita amalkan set ni. Sangat penting untuk amalkan supplement dengan cara yang betul supaya kesan yang kita dapat tip top dan optimum.

Kalau untuk customer saya, memang saya akan ajarkan cara makan yang betul dari A hinggalah Z dan dapat extra bonus lagi rahsia nak banyakkan susu badan secara semulajadi.

Okey, untuk kali ni saya kongsikan 1 sahaja cara untuk makan Set Menyusu Shaklee ni : Kita kena makan set ni secara full set supaya dapat hasil yang power kerana setiap satu produk ni saling melengkapi antara satu sama lain.

Itu sahaja saya boleh kongsi di sini, kalau nak tahu lebih lanjut lagi jom jadi customer saya 😊

Mestilah kena makan fullset kan? Kalau makan separuh-separuh sahaja, hasilnya pun mestilah separuh juga kan?

Produk-Produk dalam Set Menyusu Shaklee

Ada berapa banyak produk dalam Set Menyusu Shaklee ni ye?

Jom, mari saya kongsikan..

Set yang saya guna ni ada 4 produk dalamnya:

  1. Alfalfa Complex
  2. ESP
  3. Ostematrix
  4. B-Complex

 

Alfalfa Complex diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia.

Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. Alfalfa Complex Shaklee ni akan membantu menggalakkan penghasilan susu ibu kerana ia mengandungi Galactagouge.

ESP – Energizing Soy Protein merupakan sumber protein yang berkualiti sebagai makanan asas untuk sel-sel dalam badan kita. Dengan ESP, susu ibu akan jadi lebih berkualiti kerana komponen susu ibu mendapat sumber protein yang sihat.

Ada juga yang merasakan susu semakin pekat bila amalkan ESP ini, dan membuatkan anak kenyang dan tidur lebih lena.

Ostematrix– Sangat wajib diambil untuk ibu yang menyusukan bayi kerana ia menyalurkan keperluan kalsium yang lengkap kepada ibu dan bayi. Almaklumlah, bila menyusu badan ni, habis kalsium ibu akan diserap oleh bayi.

Jadi sangat penting untuk kita top up semula keperluan kalsium tersebut sebelum tulang-tulang kita mereput sebelum usianya. Selain itu, ostematrix ni akan bantu melegakan lenguh-lenguh badan ibu semasa menyusu dengan pelbagai posisi.

B-Complex – Mengandungi sumber vitamin B yang lengkap untuk membantu tumbesaran bayi sekaligus mengelakkan ‘stress’ untuk ibu yang sedang berpantang dan menyuskan bayi.

Sangat penting untuk amalkan B-Complex ini supaya ibu boleh bertenang semasa menguruskan bayi, formulanya mudah sahaja: bila  ibu tenang + gembira pasti dapat menghasilkan susu yang banyak, Kalau ibu stress memanjang, susu pun segan nak keluar.

Testimoni Set Menyusu Shaklee

Di sini kita boleh tengok kegembiraan ibu-ibu bila susu jadi banyak dan berkualiti

Susu meriah dan pekat..

Anak tidur lena…

Susu makin banyak dan pekat

Susu makin banyak, bonus sekali sembelit dah hilang 😍

 

Seronoknya kalau dapat susukan anak sendiri kan?

 

Mari contact saya kalau nak cuba set ni

Atau kalau nak beli sendiri secar online pun boleh klik sahaja di sini..

Terima kasih kerana sudi membaca 😊

Vivix Shaklee Perlindung Sel yang Terbaik

: Kisah Sel Badan dan Zombie ::

Sel badan kita ni pun hidup dan mati juga rupanya. Dia pun ada tempoh hidup yang tertentu..

Kalau sel sihat, sel akan hidup lama ikut tempohnya, macam kita tengok atok nenek kita yang masih hidup sampai sekarang. Rasa lama sangat mereka hidup, selain semua adalah ketentuan Allah, mereka pasti seorang yang menjaga diri sdan kesihatan dengan baik kan?

grand-parents-day-comment-003

Okey, berbalik kisah sel tadi, sel kita akan mati secara semulajadi yang ni dinamakan apoptosis. Mati sendiri bila sampai waktunya..

Tapi ada keadaan sel yang akan mati akibat tercedera atau terbunuh disebabkan faktor luaran seperti terdedah dengan banyak toxin, radiasi, tak dapat cukup nutrisi, sel ni akan sakit dan mati sebelum ajalnya , ini dinamakan necrosis.

Sel yang mati kena bunuh atau tercedera ni, bahaya sebab sel ni akan menjangkiti sel-sel lain yang sihat. Macam kita tengok orang yang ada kencing manis tu, ada bahagian kaki atau tangan yang warna kehitaman. Itu dikira sel yang dah mati sebelum waktunya, dan akan beri kesan kepada sel2 yang sihat.

Haa.. kalau nak senang faham, siapa yg pernah tgk cerita zombie? Gitulah analoginya..

zombi
ini rupa zombie dalam movie, hihi =)

Bila zombie tu dah gigit orang lain, orang tu akan mati kena bunuh, kemudian berjangkit menjadi zombie dan hidup sebagai zombi mencari mangsa lain dan seterusnya akan gigit pula org lain yg sihat.

Macamana nak elak sel kita jadi sel ZOMBIE..??

Senang je jawapannya, amalkan jus vivix, sebab tu ramai sangat yang dah amalkan VIVIX ni..

vivix (013-3943706)

Mampu melindungi sel ke tahap DNA, membaiki sel ke tahap DNA.

Ibarat kalau sel dah jadi zombie, masih boleh dibaiki lagi supaya tak jadi zombie.. haaa gitu.. ni penjelasan simple untuk semua orang faham.. kalau nak yang sainitifik sangat nanti susah kita nak hadam kan..

Dah tahu fakta ni, apa lagi, orang cakap kalau dah tahu tapi tak amalkan rugi sangat2..

Nanti sel dah jadi zombie, mai la cari saya beli vivix ye ☺

Atau lagi bijak, sebelum sel jadi zombie lagi, teguk vivix dulu sebagai perlindungan. TERBAIK..!!