3 Tips Hidup lebih Proaktif dan Progresif

kata motivasi 1

Kadang2 ada yang suka throwback zaman2 sekolah, lepas tu pergi ziarah sekolah lama nak kenang memori2 lama kan..?

Kalau kita pergi ke sekolah rendah kita yang dulu, saya yakin dan pasti mesti dah banyak perubahan yang berlaku pada bangunan sekolah, lebih maju daripada dulu ?

Dalam hidup ini kita perlukan perubahan supaya dapat hidup lebih proaktif dan progresif.

Kalau bangunan pun ada kemajuannya, kita sebagai manusia perlu juga ada kemajuan dan perubahan juga.

10 tahun yg lalu kita mungkin hidup sebagai seorang yang lemah semangat, cepat putus asa..
Lama-lama kita penat hidup macam tu, kita tengok orang lain selalu berjaya dan dapat apa yang mereka impikan ?

Jika anda adalah org yang macam tu, saya nasihatkan bermula harini:


? Cubalah bergaul dan duduk bersama orang2 yang positif yg sentiasa memberi motivasi pada diri anda.


? Unfollow friend fb yang selalu meluahkan perkara2 negatif di ruangan dinding fb dia.


? Belajar beri kata2 positif pada diri sendiri di setiap pagi (self-talk) lepas solat subuh.

Cuba amalkan 3 tips ini, insyaAllah anda pasti akan rasa perubahan pada diri utk hidup lebih proaktif dan progresif ?

Published by

ibuanaksihat

Seorang isteri dan ibu kepada baby yang comel, berminat menambah ilmu-ilmu tentang kehidupan dan kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *