3 Tips Menaikkan Semangat Bila Rasa Down Dalam Hidup Atau Bisnes

Semangat naik turun dalam bisnes itu lumrah. Kadang-kadang rasa selesa dan puas hati dengan pencapaian diri tu cepat je datang. Konon macam dah #liveamazing sangat ?

Buatkan kita jadi sambil lewa dan hilang semangat nak buat sale untuk bulan tu.

Teruk betul perangai saya yang ni ? tapi lepas dengar tazkirah dari upline saya, rasa macam ‘gedebuk penumbuk atas dahi’

menyesal

Bila situasi ni terjadi atau bila penyakit M tu datang, bila rasa sambil lewa je dalam bisnes, bila rasa tak semangat..

‘sensor’ hati saya akan berbunyi..!!!

“Nisa..!! Bangun2, kau jangan nak main2, dah cukup sangat ke bonus kau dapat sekarang, baru dapat sikit je tu, cepat sangat puas hati” ?

Jadi, utk overcome situasi semangat yang lemah ni, saya selalu akan mulakan dengan 3 Steps ni:

#KUASA MINDA (MENTAL)

kuasa-minda

Kawal minda kita dengan amalkan “Self Talk” selalu, bercakap dengan diri sendiri untuk sentiasa bersemangat, sebut semula apa yang tertulis di vision board kita yang dulu. Supaya minda separa sedar kita sentiasa akan mainkan ayat2 ni masa kita down nanti.

Nak mudahkan kita, sediakan terus senarai untuk kita baca setiap pagi. Senarai kehebatan diri kita. Contohnya:

** Aku sangat rajin hari ini.
** Orang suka baca post aku di facebook
** Aku seoarang yang sangat proaktif
** Aku pandai storytelling
** Jualan aku hari ini RM 5000, alhamdulillah.
** Aku hebat
** Aku berjiwa besar
** Aku kreatif

** Aku boleh buat!

Setiap perkataan adalah positif dan elakkan menggunakan perkataan negatif seperti: ‘tidak’, ‘kurang’, ‘malas’, ‘lemah’, ‘kurang’ dan lain-lain.

#TINGKATKAN AMALAN ROHANI (SPIRITUAL)

tingkatkan-amalan-rohani

Bisnes ni sebenarnya kita berurus niaga dengan Allah. Dan hasilnya pun sebenarnya dari Allah, jadi mulakanlah dengan perbaiki hubungan kita dengan Allah.

** Jaga kualiti solat wajib
** Top up solat sunat
** Selalu membaca Al-Quran
** Istighfar dan Selawat selalu
** Bersedekah

Paling ketara saya pernah alami adalah semasa fasa nak naik jadi supervisor bulan julai yg lepas.

Saya cuba ubah dan disiplinkan diri utk jaga waktu solat dan mengaji al-quran. Tujuan utama adalah untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik pada mulanya, sikit pun tak berkait dengan bisnes waktu ni. Terasa nak baiki diri sebagai hamba Allah.

Tapi Alhamdulillah, sejak itu saya rasa sangat tenang dan otak boleh berfikir dengan ligat untuk bisnes. Dan Allah hadirkan customer2 yang baik datang beli dengan saya.

Benarlah seperti yang nasihat yang pernah didengari sebelum ini, ‘bila kita jaga hak Allah, insyaAllah pasti segala urusan kita Allah akan mudahkan.

#TINDAKAN FIZIKAL (ACTION)

Action Changes Things written by hand on whiteboard

Tindakan kita sebenarnya adalah sikit sangat menyumbang kepada kejayaan kita. Sebab kalau tak hadir dengan mental dan spiritual yang mantap, pasti tiada tindakan yang akan dibuat.

Tindakan akan menghasilkan perubahan.

Bila rasa down tu, kita kena selalu berkumpul dengan ahli team kita supaya masing2 dapat support dan top up energy kita.

Ibarat macam kita cas telefon yg bateri dah hampir nak habis tu..

Kalau duduk jauh dan jarang boleh gathering, jangan risau guna sahaja medium yang upline dah sediakan facebook group, telegram atau whatsapp group. Medium itu juga sikit sebanyak membantu untuk boost kita punya semangat ?

Macam saya, selalu je akan scroll semula perbualan atau discussion kami dekat group telegram.

#tsunamishaklee
#ibuanaksihatdotcom
#landmarkstudy
#ninjas15
#superstarshaklee

hubungi_pengedar_shaklee