6 Tips Urus Masa Bagi Wanita Bekerjaya Sambil Bisnes Online

Zaman sekarang ramai yang dah mula buat dua kerja kan? Sebab nak tampung kehidupan. Saya pun akhirnya terjebak dengan dua kerja ?

Bukan mudah sebenarnya.. Tangan ni dah macam sotong orang kata huhu..

ibu-rumah-tangga-sibuk

Bila saya dah start buat 2 kerja, satu kerja hakiki dan satu lagi bisnes online,  saya dapat banyak tips daripada rakan-rakan yang dah berpengalaman. Rasanya tips ini boleh membantu ibu-ibu semua untuk urus bisnes dalam kesibukan kerja di pejabat atau urusan rumahtangga. Saya rasa gembira sangat nak share ?

#TIPS 1

Ikhlaskan niat dalam setiap amal yg dibuat. Bila ikhlas dan seronok buat, baru kita x rasa berat dan stress.

#TIPS 2

Tetapkan matlamat utama kenapa berbisnes. Bila kita dah tahu halatuju, baru senang nak drive kereta supaya sampai ke destinasi kan?

Ada sesetengah yang buat bisnes sebab suka-suka. ada yang buat sebab nak tampung perbelanjaan kehidupan keluarga. Kerja jadi mudah bila kita dah set kan objektif atau matlamat kita.

#TIPS 3

Wujudkan ‘senarai semak’ (checklist) harian perkara yg perlu dibuat supaya kita tak terlupa. Yelah kan banyak benda dalam kepala ibu-ibu kan ? jadi checklist ni sgt membantu supaya tak tertinggal tugas2 yang perlu dibuat.

#TIPS 4

Wujudkan jadual harian yg lengkap- masukkan berapa masa yang diperuntukkan untuk setiap task. Tidak semestinya sepanjang masa perlu menghadap urusan bisnes dan tidak  semestinya urusan kerja shj hingga tak dpt nak selit buat bisnes. Manfaatkan gadjet2 dan apps yang sangat maju sekarang utk bantu urusan kita ?

#TIPS 5

Disiplin yang tinggi untuk ikut jadual yang dibuat. Ini memang mencabar, tapi boleh diurus dan kena bijak menyusun semula sekiranya dah ‘terbabas’

#TIPS 6

Mohon doa moga Allah permudahkan segala urusan.
Dalam buntu dan serabut tu, jangan lupa mohon pada Allah ? semoga diberi kebijaksanaan dan ketenangan dalam setiap urusan seharian. Amiin.

tips-urus-masa-bagi-wanita-bekerjaya-sambil-bisnes-online

Sekian tips dari #ibuanaksihatdotcom ?
Silakan share sekiranya bermanfaat utk rakan2 kita yg berbisnes juga..