4 Tips Menghadapi Musim Hujan

 kain-di-jemuran

“Siti, angkat kain di jemuran.. hujan dah turun”

Terngiang2 pulak dialog ni, cerita P.Ramlee rasanya, x ingat dah ?

Sejak petang-petang ni selalu hujan, mesti ibu-ibu dah start fikirkan baju yg dijemur pagi tadi kan, risau x sempat kering dan memikirkan kesihatan anak-anak yg mudah selsema dan batuk.

Kalini saya nak kongsikan 4 tips yang boleh diaplikasikan ketika musim hujan ?

tips-musim-hujan

Untuk bab baju ni, saya ada cadangan utk  ibu-ibu:

#TIPS 1: basuh guna sabun fresh laundry.

Baju dah basuh tak sempat nak jemur pun baunya masih segar, x busuk walau 3 hari ?
Percayalah, sebab saya dah guna sebab tu yakin nak rekemen.

sabun-basuh-baju-fresh-laundry-shaklee
Inilah sabun fresh laundry shaklee, berbentuk serbuk dalam kotak

Alkisahnya, masa kami nak balik kampung di Perak selama 3 hari, saya selalu akan cuba setelkan jemur baju-baju yang dah dibasuh sebab memang tahu kalau tinggal baju lembap dalam bakul, balik rumah nanti kenalah hadap bau busuk kepam baju lembap tu ?

Nak dijadikan cerita, balik je kami ke rumah, rupa-rupanya ada sebakul kain dekat belakang pintu, meyorok pulak bakul tu dekat situ, memanglah saya tak perasan. Waktu tu memang dah redha, ‘alahai, nak kena basuh semula baju kalau macam ni, mesti busuk baunya’

Saya pun pergilah ambil bakul tu. Wah, macam tak caya je, hidung saya tersumbat ke ni? Saya cuba hidu bau baju tu, memang x busuk langsung walau dah 3 hari tinggal dalam bakul. Cuba hidu lagi sekali, ada bau segar yang masuk ke hidung..
Rasa macam tak percaya sangat, rupanya betul apa yang kawan2 bagitahu, sabun ni memang berkualiti dan baunya sangat segar. Seronok rasanya saya tak perlu nak kena basuh semula baju ni ?

#TIPS 2 : Gunakan servis mesin keringkan baju dekat dobi.

Berguna juga ada dobi layan diri ni dikala saat genting macam ni. Kita bukannya malas nak basuh dan jemur baju, tapi kadang2 dalam keadaan terdesak kita sangat perlukan servis begini.

Kalau di tempat saya, satu sesi untuk keringkan baju dalam RM4.50. Jadi masalah ibu-ibu pun dah selesai, tak perlu menjemur baju di waktu cuaca mendung dan hujan.

Okey masuk bab kesihatan di musim hujan ni pulak.

#TIPS 3: Sediakan Perisai untuk Ahli Keluarga.

Hujan-hujan ni sejuk, selain baju kita pun biasa akan risaukan keadaan kesihatan ahli keluarga. Pastikan kita dah sediakan perisai yang kebal unyuk mereka. Kalau yg memang ada semput atau lelah tu kena berjaga-jaga, especially anak kecil. Stand by Omega guard minyak ikan yang berkualiti utk legakan semput yg datang menyerang.

omega-guard
Ini omega guard favourite anak saya

Kalau datang je batuk anak saya, saya akan bagi dia makan omega utk legakan batuk dan kahak kalau ada sekali.

Selain itu, perisai yang saya biasa guna adalah vitamin c dan garlic untuk tingkatkan sistem imuniti badan. Dan kadang-kadang akan tambah juga nutriferon. Biasalah sejuk-sejuk ni rajin je selsema batuk datang ziarah, jadi gunakan vitamin c dan nutriferon utk cepat recover.

nutriferon
Ini nutriferon favourite anak saya juga, pantang nampak mesti nak makan.
vita-c-plus-1
Ini vitamin c yang paling berkualiti dan jimat sangat sebab tahan dalam 5 bulan tau..

Itu perisai utk dalaman yang saya sekeluarga guna. Selain itu, ada tips yang seterusnya untuk luaran pula..

#TIPS 4: Elakkan anak-anak bermain di luar rumah ketika musim hujan.

Ibu bapa kena pastikan anak-anak kecil tak keluar rumah di musim tak menentu ni. Jadi kena rajinlah sikit kita buat aktiviti atau games dalam rumah ? aktiviti sebegini lebih mengeratkan hubungan ibu-bapa dan anak-anak.

Itulah sedikit sebanyak apa yang dapat dikongsikan, kalau kawan-kawan ada tips tambahan boleh lah share juga ?

Published by

ibuanaksihat

Seorang isteri dan ibu kepada baby yang comel, berminat menambah ilmu-ilmu tentang kehidupan dan kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *