Cara Semulajadi Hilangkan dan Kecutkan Buasir Biasa atau Buasir Berdarah

Pengalaman Buasir

Tak pernah terbayang dek akal, saya akan mengalami situasi ni

Saya pernah ada buasir masa  pregnant anak pertama dulu..  Buasir ni bermula dengan sembelit waktu pregnant. Kalau saya duduk dalam bilik air tu mesti dekat sejam juga sebab sembelit..

Sampai suami pun akan ketuk pintu sebab risau duk lama sangat dalam bilik air hihi…

Tapi alhamdulillah buasir saya belum tahap teruk, dan kembali okey selepas mengambil pemakanan yang betul dan suplemen. Nanti saya kongsikan cerita lanjut di bawah.

Buasir atau Hemorrhoid berlaku apabila salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rectum (dubur). Ia akan menjadi masalah apabila menjadi bengkak atau berlaku radang di kawasan tersebut. Buasir ini ada beberapa tahap seperti dalam gambarajah di bawah:

keadaan-buasir

Buasir Tahap 1: – Buasir berada di dalam bahagian anus tetapi tidak terkeluar daripada anus.

Buasir Tahap 2: – Buasir terkeluar daripada anus semasa membuang air besar tetapi ia akan masuk semula secara spontan apabila seseorang telah berhenti meneran.

Buasir Tahap 3: – Buasir terkeluar semasa membuang air besar dan ia terpaksa dimasukkan dengan jari kita selepas berhenti meneran.

Buasir Tahap 4: Buasir tersebut tidak boleh dimasukkan dengan jari walaupun telah selesai meneran.

Siapakah Golongan yang Berisiko Mendapat Buasir?

 

  • Wanita mengandung – terutama mereka yang mempunyai berat badan yang gemuk atau bayi yang besar. Saiz pembesaran janin menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan juga akibat perubahan hormon
  • Berat badan berlebihan
  • Berdiri dalam waktu yang lama setiap hari
  •  Selalu mengangkat benda yang berat
  •  Selalu mengalami sembelit

Golongan ini semua adalah mereka yang mengalami tekanan kepada salur vena di rektum yang menyebabkan pembengkakan berlaku.

Bolehkah Buasir Dirawat?

Melalui pembacaan saya, ada beberapa cara untuk merawat buasir. Berikut saya kongsikan 7 Tips yang boleh dibuat di rumah untuk membantu mengurangkan masalah buasir:

  1. Cuka Epal Sider (Apple Cider Vinegar) – Untuk buasir di luaran celupkan kapas ke dalam cuka epal sider dan sapukan di tempat buasir. Ambil perhatian, kerana anda mungkin merasa sedikit pedih untuk sementara waktu. Untuk buasir di bahagian dalam, amalkan satu sudu cuka epal sider bersama air.

  1. Jus Resveratrol (Vivix Juice) –Jus Resveratrol mempunyai sifat anti-keradangan. Ia akan membantu mengurangkan keradangan pesakit buasir dan membantu memperbaiki sel-sel yang rosak dengan hanya mengamalkan minum jus ini setiap hari.

  1. Jus Lemon –lemon merupakan sumber antioksidan yang dapat memperbaiki keradangan yang berlaku. Boleh disapu secara terus ke tempat buasir atau diminum bersama halia dan madu.

  1. Minyak zaitun (Olive oil) –Minyak zaitun mempunyai sifat anti-keradangan yang membantu melegakan buasir. Dan meningkatkan sifat elastic salur darah supaya dapat mengurangkan kesakitan semasa membuang air besar.

  1. Rendaman –Merendam bahagian punggung ke dalam air suam dalam 15-20 minit dapat memberikan kelegaan dan menghilangkan kesakitan, kemudian lapkan menggunakan tuala lembap.

  1. Penghidratan (Hydration)-Keadaan yang kering mungkin menambahkan kesakitan dan pendarahan untuk buasir. Elakkan menggunakan tisu atau kain kering untuk lap. Boleh juga menggunakan vitamin E untuk melembapkan permukaan luar anus.

  1. Tuam dengan ais (Cold Compress)– Tuam dengan ais- balut ais dngan kain yang bersih dan tuamkan kepada kawasan buasir, ini akan mengurangkan bengkak.

Dalam 7 Tips yang saya kongsikan di atas, anda juga boleh dapatkannya  di dalam Set Buasir Shaklee.

set-buasir-shaklee

Sekian, semoga perkongsian info yang bermanfaat untuk semua =)

hubungi_pengedar_shaklee

 

 

 

Published by

ibuanaksihat

Seorang isteri dan ibu kepada baby yang comel, berminat menambah ilmu-ilmu tentang kehidupan dan kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *